Tips Kecantikan Rambut : Bangun Tidur, Rambut
Sudah Siap Terdandan. Ajaib Kan?
Semestinya
anda pasti cemburu jika melihat rakan baik atau teman sekerja anda yang boleh
bersiap lengkap dari hujung rambut hingga hujung kaki tanpa ada sedikit cela
pun. Dan mesti anda terfikir, pukul berapalah mereka bangun sehingga cantik
sedemikian, dengan rambut terurus lebat dan sentiasa terdandan rapi?? Pelik dan
ajaib bukan, tetapi untuk tampil sedemikian, kami ada penyelesaiannya. Jom
tengok tips yang diberi… :)
SARUNG BANTAL SATIN ATAU SUTERA
Untuk
pengetahuan para pembaca, selebriti dunia Marilyn Monroe mengamalkan dan
menggunakan sarung bantal satin atau sutera untuk memelihara kecantikan rambut
dan kulit. Fabrik seperti satin dan sutera mengelakkan kulit kepala daripada
berpeluh dan kelembutan fabrik ini mengurangkan geseran pada rambut yang boleh
mengurangkan kekusutan apabila anda bangun dari tidur.
TAMBAH KELEMBUTAN RAMBUT
Cara
pertama ialah, basuh rambut anda dan keringkannya sebanyak 30 peratus dan
tidur. Cara kedua adalah mengikat tinggi rambut ketika tidur dengan getah yang
lembut.
RAMBUT BEROMBAK MANJA
Cara
pertama adalah dengan menoncang rambut sebelum tidur. Bahagikan rambut
kepada beberapa bahagian untuk ditocang. Cara kedua adalah dengan menyanggul
tinggi rambut anda. Lakukannya ketika berbaring untuk mendapat rambut yang
beralun di bahagian bawah sahaja.
RAMBUT KERINTING
Bagi
yang berambut kerinting, balutkan rambut anda dengan tuala dan tidur dengannya.
Cara seterusnya adalah dengan menyapukan leave-in conditioner dan
sanggulkan rambut anda. Pasti keesokan hari rambut keriting anda itu tampal
lebih terletak, terurus dan lembut.
Sumber:
makasih tipsnya bermanfaat :)
BalasHapus